Friends

Ahad, 24 April 2011

Tip Penjimatan Minyak petrol


Hari nie zie nak share sikit tentang cara-cara penjimatan minyak petrol. Pada hari ini minyak petrol amatlah berguna kerana hampir setiap hari dan setiap orang mempunyai kenderaan sendiri. Macam zie nie amatlah penting cara-cara ini memandangkan zie dah ader kereta yang diangkut bapak dan motor bapak gak.aku nie tahu merembat kenderaan bapak aku je...hehehe... so sekarang ini amatlah pening kepala tentang minyak petrol nie sebabnya ampang nie kawasan jam yang melampau.....ader dua mulut yang perlu diberi makan iaitu kereta dan motor...mcm tanggung anak je.

Nie tip-tipnya:-
  1. Elakkan mengisi minyak pada cuaca yang bersuhu tinggi. Isi minyak pada awal pagi atau malam kerana pada waktu ini minyak kurang termeluwap dan berketumpatanyang tinggi.zie isi waktu pagi sebelum pi keje kalau tak lewat..
  2. Pastikan anda menggunaka gear yang betul. Penggunaan gear rendah untuk kelajuan yang tinggi akan mengakibatkan anda kehilangan lebih 45% minyak. hhehe....zie selalu buat..patutlah abis minyak cepat.
  3. Bawa kereta dengan kelajuan yang konsisten dan kurangkan penukaran gear.
  4. Kurangkan perjalanan jarak dekat.
  5. Tutup tingkap kereta ketika memandu. Ia akan menjimatkan minyak anda sehingga 10%. selalu buat sebab tak suka gune aircont...bukan same je ke?aircont????
  6. Pastikan tekanan tayar anda berada pada ukuran yang betul. Jangan terlalu banyak atau terlalu sedikit.
  7. Elakkan memasang peralatan tambahan yang tidak aerodinamik seperti pengangkutan barang di atas bumbung.
  8. Buat pemeriksaan enjin dari masa ke semasa.
  9. Kawal kelajuan kira-kira tidak melebihi 90km. Semakin laju kenderaan, semakin banyak bahan api digunakan. HAHHAH....zie suke bawak laju....kantoi...
  10. Jangan membrek secara mengejut. Brek berlebihan mengakibatkan tenaga bahan api hilang melalui pengeseran tenaga. Jem yang kadang-kadang terpakse gak.
  11. Pastikan kereta diselenggara dengan baik. Servis kereta mengikut jadual.
  12. Periksa penapis udara dan penapis minyak petrol (tukar 40 000km sekali)
  13. Elakkan melalui kesesakan jalan raya dengan membuat perancangan perjalanan terlebih dahulu.
  14. Matikan enjin ketika sedang menunggu.
  15. Guna tayar kereta yang low profile dan mempunyai special rubber compound (Grip tinggi rintangan kurang)
  16. Pakai rim tayar biasa dan mengikut kesesuaian jenis kereta. Penggunaan rim tayar yang lebih besar menyebabkan bebanan kepada enjin.
  17. Isi minyak secara perlahan semasa di stesen minyak.
  18. Membuat isian semula minyak apabila takat minyak tidak kurang daripada separuh tangki kenderaan.
  19. Jangan membuat barangan terlalu banyak kerana apabila berat bebanan enjin akan meningkat dan penggunaan minyak akan bertambah.
  20. Elakkan mengisi minyak ketika lori tangki minyak sedang mengisi tangki di stesen minyak untuk mengelak kotoran di dalam tangki bercampur dengan minyak yang diisi disebabkan oleh tekanan pengeluaran minyak daripada lori yang kuat semasa proses tersebut.

0 comments:

intai yang lain jom.....

layan wei....

 

My Blog List

impian karut

  • bulan madu ke pulai madukan sabah
  • melancong pi jakarta dan bandung
  • melancong ke serawak melawat ana dan as
  • beli mesin jahit tepi
  • beli mesin jahit (done)
  • beli oven n mix
  • butik pengantin
  • rumah sendiri
  • kereta sendiri
  • kelas mengandam
  • kelas photografi
  • kelas menjahit tudung (done)
  • membeli kemera D90 (done)
  • kelas menjahit pakaian perempuan (done)
  • kelas membuat pakaian lelaki
  • belajar buat kuih talam
  • belajar buat kek

DUIT simpanan SHOPPING