Friends

Rabu, 22 Disember 2010

menanti

 Menanti si pari-pari ku muncul membantu begitu lama sekali.. Alangkah bermaknanya kalau ianya muncul dalam hidup ko yang malang ini...Apakan daya aku seorang yang malang tertapi mempunyai cita-cita yang tinggi.harapan hanyalah tingal harapan..... diri yang malang akan terus malang.. bukan ini yang ku pinta terjadi pada diriku ini tertapi ini yang tersurat pada diriku..ingin ku buang segalanya tertapi apakan daya aku tidak mampu untuk melakukan nya.....


 Apa yang boleh ku lalukan hanya meneruskan kehidupan yang malang ini kehidupan penuh dengan sayu dan duka...walaupun aku inginkan pelangi muncul dalam hidup ini.apakan daya aku tidak mampu untuk melawan takdir yang tersurat...aku terpaksa menerimanya dengan hati yang terbuka......harapan...tingal harapan.....pari-pari ku tidak akan muncul untuk selamanya.....



Ahad, 19 Disember 2010

very MISS u ALL

Tetibe hati nie memberontak ingin pulang ke kg halaman. Perasaan rindu kepada ke dua ibu dan bapa sangat kuat tetibe. Mak dah pesan balik kg tapi keadaan tidak mengizinkan untuk balik...Mak juga menawarkan hadiah jika zie balik. Tapi hati nie berkata tidak mahu balik sebab keadaan tidak mengizinkan....sabar wahai zie balik kg nanti dulu ye...tunggu keadaan tue stabil...

Malam tadi tidoku tidak lena kerana teringatkan mereka perasaan rindu tue kuat sekali memandangkan semalam adalah tarikh lahir ku..Hakikatnya aku baru pulang ke kampung 2 minggu lepas dan selalu call mereka.

love my MOM & DAD

24tahun

tidak sangka dalam diam hari ini genap dah umur zie 24tahun..sekejap je kan masa berlalu....dah besar dah rupanya anak dara seorang nie..heheh...nie still teringat lagi masih baru lepas abis belajar..niat nak sambung belajar tue masih berkobar-kobar lagi..x penah padam pun...mase je yang tidak mengizin kan untuk sambung...zie still lagi teringat masih kanak-kanak lagi yang ingin bermain masak-masak dan pondok-pondok...hehehee
tq my mom yang wish berday masa hari jumaat hari tue...tq juga sebab dah lahirkan zie ke dua ini dan kandungkan zie selama sembilan bulan.my mom cerite dulu mase zie lahir zie lahir kat rumah tak sempat pun nak pi hospital tapi lepas bersalin my mom terus dikejarkan ke hospital sebab kawan zie (uri) tertingal kat dalam my mom kate sakit sangat mase kene cuci tue..kesian my mom..pape pun tq mom...
Nie zie nak sharekan tentang janin bila dalam kandungan

ini lah perkembangan zie mase dalam kandungan kan...semua manusia sama je akan melalui proses ini.

Sabtu, 18 Disember 2010

penantian

ZIE amat benci bila terpaksa menungu begitu bosan sekali...penantian ini amat lah menyeksakan..janji perlu lah ditepati...jgn lah gunekan istilah janji melayu..saya amat membenci sekali......
ikut hati nak je maki org itu..tapi apekan daya cuba untuk bersabar...

perjanjian perlu ditunaikan...jgn lah bagi org lain naik marah..klu xboleh nak tunaikan jangan berjanji....

cara MELATIH diri merancang MATLAMAT

Tahun baru dah nak masuk mesti ader azam baru kan? nie zie nak share mcm man nak merancang matlamat kite tue supaya tercapai.zie dapat kat motivasi memburu kejayaan yang DITULIS oleh DATUK MAZNAH HAMID.

Berikut adalah latihan bagi menolong kita merancang tindakan yang perlu diambil dalam mencapai matlamat.
  • Nyatakan dengan terang dan jelas matlamat yang kita ingin capai dalam masa enam bulan akan datang.
  • Mengapakah kita ingin mencapai matlamat tersebut?
  • Jika kita berjaya mencapainya, apakah kebaikan yang kita peroleh?Ganjaran untuk keluarga kita umpamanya.
  • Apakah risiko yang ada dalam mencapai matlamat ini?
  • Apakah pencapaian matlamat ini akan menyumbang ke arah Pencapaian matlamat jangka panjang?
  • Apakah yang akan terjadi sekiranya kita tidak berjaya dan apakah alternatifnya?
  • Apakah rintangan yang bakal dihadapi dalam menjayakan matlamat ini? Bagaimanakah cara untuk mengtasinya?
Setelah kita mengemukakan pelbagai pertanyaan seperti yang dinyatakan, maka kita akan mendapat gambaran yang jelas untuk merancang strategi bagi mencapai matlamat tersebut.

KIta mesti jujur pada diri sendii apabila merancang matlamat. Tidak guna mempunyai matlamat yang terlalu tinggi sehingga kita sendiri tidak mampu mencapainya. Janganlah jadi seperti kata orang, "nafsu besar tenaga kurang" atau " suara naga berjalan semut."
Kita mesti ukur kemampuan kita, menilai strategi kita dan berusaha sedaya upaya mencapai matlamat tersebut.





Tanpa bayangan positif adalah 
mustahil bagi kita untuk mencapai 
matlamat yang telah kita tetapkan. 
kita tidak tahu apakah 
sebenarnya yang kita kehendaki?


# untuk ingatan zie jugak untuk merancang matlamat supaya tercapai apa yang diplan bila tahun depan nanti..

Khamis, 16 Disember 2010

giveAWAY Balancing ! balancing ! balancing !

nie zie join giveaway balancing!balancing!balancing
dari blog shabby.blog
JOM JOIN sekali

GIVEAWAY yang PERTAMA (7/12/2010)

SUKA  TAK ?


Crochet Coasters for Teapot and Mug

Ole2 dari Sarawak
(Alas meja 'Pua' , 'Anjat' manik , Uncang manik & Belt yang di perbuat dpd kayu)


Japanese Cotton Fat Quarters
(sorry quality gambar tak memuaskan : ( -ambil gambar waktu mlm)


(Made in Vietnam - Hand Embroidered - Silk Bag)


(Handicraft assoceries) 


Syarat-syaratnya;
  • Senang aja, beri komen - kata nak ikut serta giveaway.
  • Terbuka untuk semua.
  • Sesiapa yang share news giveaway ni kat blog dia, akan dapat 2 undian - the more the merrier. (jgn lupa beritahu, takut nanti dpt satu undian aja)
Tarikh tutup 1hb Januari 2011.
 
 

DAH tidak MERAGAM lagi dah

Sebelum nie zie ader cerite kan yang zie terpakse makan pill sebab sakit tyroid. Hari nie hari ke-2 zie tak makan pill tue lagi atas nasihat dokter di hkl  zie normal.alhamdulilah selepas berhenti makan pill tersebut badan zie sihat hendaknya...tiada lagi sakit-sakit badan dan sakit-sakit tekak. batuk Zie pun semakin sembuh.... Bila terinagt tentang sakit-sakit badan yang zie alami semasa makan pill tue. Takut rasanya hanya tuhan je lah yang tahu bertapa sakitnya badan nie...walaupun hanya duduk sahaja..
kini badan makin pulih hendaknya....

Isnin, 13 Disember 2010

saya SEORANG yANg SIhat

Hari tue zie ader story kan yang zie nie sakit men tgk sini semula. hari nie zie pi hkl tau untuk cheak yang lebih bagus sebab zie nak jumpa pakar tyroid nak kasi puas hati je.lepas tu nak kasi saving sikit coz perubatan. hehe... semangat nie nak pi hkl sampai zie ambik cuti rehat je.heheh....

setelah 2jam zie tunggu tuk jumpa dokter pakar.....zie pun tunjukkan lah result cheak darah hari tue.

dokter  : awak sakit ape?
zie        : hypotyroid
dokter  : hypo or hyper?
zie        : hypo ,h.y.p.o
dokter  :kenape pulak?
zie        :hari tue saya pi klinik dia kate saya hypo so nie resultnya saya x puas ati cara pemeriksaandisana.                     (dokter nie sengal ke?x kan lah x tahu ak sakit kan dah tgk result tue)
dokter   : saya tgk result awak nie normal je x de sakit pun...bla..bla..bla....

Dengar je dokter kata zie normal dalam hati tue bsyukur sangat-sangat...nie tgh nak tanggung kesan makan pill yang tidak diperlukan tue memang terseksa sebab badan zie sakit-sakit. Alhamdulilah zie sihat hendaknya...
Zie nasihatkan jika tahu sakit yang teruk rujuklah yang pakar sebab itu lebih baik...kat klinik-klinik nie x elok lah bahaya...silap-silap sakit lain pulak nanti dapat....



setahun AKU mengenalimu

Diam x diam setahun dah......14.12 tarikh keramat zie masuk keje dekat sinie...Memang tak sangka dah lama zie keje kat sini...nie lah tempat keje yang paling lama zie keje..walaupun kadang-kadang zie bosan dok keje kat sini coz dok terperuk kat offis je...tapi disini lah masa yang paling banyak zie abis kan..amat menyeronokkan. diSini jugak lah zie mengeluarkan segala tenaga (ader ke tenaga?peluh pun x keluar) 

Disini lah zie kenal pelbagai ragam manusia dan dapat menampah rakan-rakan...walaupun pada awalnya zie tidak dapat menyesuaikan diri.tapi alhamdulilah sekarang semakin boleh menyesuaikan diri.harap-harap semakin baik disini. Hakikatnya zie tidak berape suke tinggal disini kerana terlalu taraf hidup yang terlalu tinggi menyebabkan zie terpakse mencari alternatiff ke-2 untuk menambah pendapatan zie.



APE-ape pun zie ak ucapkan TAHNIAH kepada DIRI SENDIRI kerana berjaya duduk lama disini....


huJUNG minGGU YanG MeMENatkan

12 & 13 hujung minggu nie betul-betul amat memenatkan diri zie nie....hehhe...sibuk kemajlis kawin kawan offis je....hari sabtu majlis dekat dewan offis pastu hari ahad pulak kat kuatan pahang..adoi..ia betul-betul memenatkan diri ini....hehhe.....dan perkhawinan ini terhasil selepas percintaan induksi..hehhe

Ape-ape pun zie ucapkan selamat pengantin baru...semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat.

Rabu, 8 Disember 2010

CirI-cIRi oRang YAng MENcintaI KaMu

 nie zie just nak share ape yang zie jumpa je....nie zie jumpa kat web tentang cinta...ko org penah tak alami semua nie?seronoknya kalau ader org cintakan kita kan...

Dalam kehidupan, kamu tidak sedar apa yang dilakukan oleh seseorang terhadap diri kamu merupakan satu petanda yang dia mencintai kamu. Dia tidak ingin kamu tahu secara terus daripada mulut dia tetapi dia menunjukkannya melalui perbuatan. Berikut merupakan 24 ciri-ciri yang dilakukan oleh seseorang yang menunjukkan bahawa dia mencintai kamu.
  1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
  2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
  3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
  4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
  5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘selamat pagi’, ‘selamat hari minggu’, ‘selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
  6. Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
  7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.
  8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
  9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.
  10. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
  11. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.
  12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
  13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
  14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
  15. Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.
  16. Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, dekat dihati?’
  17. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
  18. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
  19. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
  20. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
  21. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
  22. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
  23. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.
  24. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.
“Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut… Kamu akan menyesal melakukannya!”

Selasa, 7 Disember 2010

kalAU Dah JOdoH

see............................................
comelkan gambar kat atas tue...alahai comelnya kawan-kawan ku....kedua-dua nie kawan zie x sangka kan mereka boleh mendirikan masjid. Tue lah jodoh tue kite tak tahu dengan siapa walaupun dia ader didepan mata kalau bukan masenya. Mereka sama-sama keje ditempat yang sama.zie pun dulu penah keje dengan mereka..enjoy dengan mereka....hahhehe terkenang pulak zie mase keje dengan mereka. Rindu terpalit dihati seketika.

mase majlis mereka zie demam so zie datang kejap je ambik gambar dengan mereka pun x sempat..duduk setengah jam je.makan-makan terus balik..bukan tak nak lama-lama tetapi zie  x sihat meyebabkan zie terbantut untuk berlama-lamaan disana.so dapat tangkap satu pic je. 

Apa-apa pun tahniah to my friend......semoga cepat-cepat dapat baby.

CUKUp-cuKup LaH

assalammualaikum semua.......
Harap-harap pagi nie membawa kebaikkan kepada semua pembace semperna tahun baru nie....Mesti ader azam baru kan?



mesti ko orang dapat tahu kan ape yang ader kat atas tue...ko orang pun sedia maklum kan ape yang zie alami...yaAllah peritnya ape yang aku lalui. Tengok pil-pil kat atas tue..setiap satu jenis pil tue abis 2 papan zie kena makan...lepas tue betukar pulak ke pil yang baru.




Pil nie yang tengah zie makan sekarang nie nasib baik waktu pagi je..pil ini cuma bertahan untuk 10hari sahaja lepas itu zie akan bertukar ke pil yang baru bagaimana kah rupanya dan bentuk dan peraturan makannya zie sendiri tak tahu.yaAllah hidup ku sekarang hanya berpandukan pil sahaja..kadang-kadang ingin menagis rasanya...kerana hidup ku sudah tidak normal sepeti selalu lagi.

Kos perubatan lagi amat memeningkan kepala zie. Berat tetiba rasa bahu nie untuk menanggung kosnya..Allamdulilah untuk permulaan ini zie ader peruntukan untuk perubatan. Tapi macam manekah keadaannya tahun depan?sedihnya hati nie...tidak terkata....hanya yang boleh zie lakukan bermimpi semuanya kembali normal kembali..wahai pari-pariku muncul lah kerana aku sudah tidak sanggup menanggung kesusahan ini.


Derita makan pil tidak tamat disitu sahaja kerana zie akan mengalami yang lebih perit lagi. zie perlu selalu cheak darah.sakitnya  masa dokter ambil darah tue...bengkak lepas injektion itu lagi..sampai bila agaknya zie kene tanggung semua ini.

berSABarLah


Ahad, 5 Disember 2010

sabar ini DUGAAN Allah

Dugaan apakah yang enkgau berikan kepada ku yaAllah...apalagi yang engkau mahu duga ku yaAllah...sesungguhnya hampa mu ini sudah tidak sanggup untuk menerima segala dugan yang engkau berikan....
Walaupun begitu sesungguhnya aku terima dengan hati yang redo kerana aku tahu engkau sayangkan diriku ini.

Hari ini sebenarnya keluar result tentang penyakit zie. zie kini telah disahkan sakit hypothyroid. Ape-apa pun zie redo dengan ketentuan Allah. ZIe cuma ingin mintak tolong kepada semua pembaca tolong jelas kan sakit hypothyroid nie. dan tentang makanan untuk hypothyroid nie..plz.....

Sabtu, 4 Disember 2010

air oh air

biasa lah menjadi adat kalau ader kat depan mate tue x penah nak hargai bila tak ader baru lah tahu kepentingannya.....rase-rasenya sapa yang dok ampang nie mesti tahu kan ape yang terjadi semalam. hahahaa...ko org mandi x?

satu hari air tak ader kan....mengelabah jadinya satu hari tue macam-macam terjadi. nasib baik lah pagi tue ader air kat tangki tue lagi..so cukup lah untuk mandi 4 org nie.nasib baik cukup kalau tak pi ofis busuk lah badan sebab tak mandi..hahha....pastu malam semua balik kg tinggal zie je seorang-seorang. Adoi....zie mandi tau malam tue. Tumpang umah member yang dok kl nasib baik ader kawan lain..hahhaha...pastu bila balik satu lagi hal yang terjadi mangga rumah tak boleh nak kunci. Alamak zie tinggal seorang nie..seram dah satu badan..dok try lah gak kunci mangga tue dah nak sampai satu jam baru boleh mangga. Dah nak melilir air mata nie...nasib baik boleh...hehhahah.

Pastu ari nie mase nak keluar rumah dah nak dekat setengah jam baru boleh bukak. Nasib baik ader alasan ponteng kelas. sayang pulak rasanya ponteng kelas dah 3 minggu tak pi nie.adoi kalau mcm nie bila lah nak siap buat baju nie. So disebabkan dah lambat nak pi kelas zie pi lah kedai kunci tukar mangga tue yang baru takut nanti x boleh nak mangga nie payah pulak. Duduk kat rumah seorang je nie nanti ader pencuri ke perompak ke naye je.kalau ader perogol lagi lah naye..adoi jauhnya fikir...


Jumaat, 3 Disember 2010

bukan senang nk dapat kan kasih sayang sebenar...

Pada suatu hari di sekolah, seorg murid bertanya pd guru. Ketika itu guru tersebut sedang mengajar mngenai kasih syg.

Plajar:"cikgu, mcm mana kita nk plih sseorg yg trbaik sbgai org yg pling kita syg? Mcm mana jg kasih syg itu nk brkekaln?"

CIKGU: "ok kamu ikut ape yg sy suruh. Kmu pergi ke padang. Kamu berjalan di atas rumput sambil mmandang rumput ddpn kamu. Pilih yg PALING cantik tanpa menoleh ke blkng lg wlau skali. Dan petik rumput yg PALING cantik, bawa ke kelas"

Apabila pelajar trsbut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun dtangannye. Cikgu brtnya, kenapa tiada rumput yg dplih?

PELAJAR:"Td masa saya brjln,saya carilah rumput yg paling cantik.Mmg ade byk yg cantik tp cikgu kata petik yg pling cantik, maka saya pun terus brjln ke depan sambil mencari yg paling cantik tanpa menoleh ke blkng lg. Tp smpai dipnghujung pdg, saya xjumpa pun yg paling cantik. Mgkn ade diantara yg dblkng saya tadi rumput yg paling cantik tp dah cikgu ckp xblh menoleh ke blkg smula, jd tiadalah rumput yg saya boleh petik."

CIKGU:"Ya, itulah jawapannye. Mknanye apabila kte telah berjumpa dgn sseorg yg kita syg, jgnlah kita mencri lg yg lebih baik dari itu. Kita patut hargai 0rg yg berada ddpn kita sebaik2nye. Jgn kita men0leh ke blkng lg kerana yg brlaku tetap dah brlaku. Sem0ga yg berlalu tidak berulang lg. Dan ingtlah 0rg yg paling kita syg itulah yg paling cantik dan paling baik. Maupun nk ikutkan byk lg yg cantik dan baik seperti rumput tadi..

Khamis, 2 Disember 2010

DUlu dAn seKaraNg

Sekarang nie musim cuti sekolah so jalan nak pi keje pun x lah jem macam biase jadi aman sikit bila nak merempit tue...luas je jalan tue rasa pastu rase cepat je sampai offis...hehhee....

Cuti sekolah nie meingatkan zie mase kecik-kecik dulu. Best je dok umah lepak-lepak kalau tak pun kene tolong mak kat kebun.hehehee...biaselah zie kan anak pekebun so kene lah pi kebun gak.anak orang susah katekan...rindu pulak rasenya nak zaman sekolah macam dulu-dulu boleh lepak-lepak,main-main je tak payah nak fikir pape pun. Tak ader tanggungjawap dan tak ader masalah pun. Dulu walaupun cuti sekolah tetap kene duduk kat umah je. Mainkat dalam umah je klu Tak pun senyap-senyap cabut pi umah jiran sebelah ajak main kat parit berkubang kalau tak pun panjat pokok getah.... Tapi pukul 6.oo ptg je mak dah panggil balik. Kalau tak siap kene marah. Walaupun cuti sekolah tetap kene tido awal pukul 10.00 malam dah kene tido pastu tetap kene bangun awal mcm pi sekolah pukul 6.30 pagi. Tak penah pun tahu tentang bangun lambat dan tido lewat semuanya dah dilatih sejak kecik lagi.

Jauh beza dengan sekarang nie. Zie duduk kat flat so kadang-kadang pukul 12.00 tengahmalam nie masih riuh rendah lagi dengan suara budak-budak main. Ader lah jugak dengar suara-suara mak atau ayah jerit panggil anak dia orang suruh balik. Dalam ati nie terdetik pulak pukul 12.00 tengah malam baru nak panggil balik ke? lewatnya. Aku dulu malam dilarang keluar langsung pukul 6.00 ptg tue dah kene panggil balik. Pukul 6 oo petang tue cerah lagi kot.tapi mak kate dah malam lewat...

Jauh bezanya kan? kehidupan zaman sekarang dan dulu.Rasanya untuk didik tue lebih baik dengan cara zaman dulu kerana lebih selamat tentang kehidupan sosial mereka kelah. tue pendapat zie lah macam mane  dengan pendapat blogger yang lain? jom share pendapat.



fenomena kena tindih...

Janganlah kite ni selalu tuduh hantu le, jin le, tahyul semua tu. Fenomena kena tindih kepercayaan dan kebenaran just to share. Aku baca segmen pengalaman menyeramkan dalam book and readings, banyak sangat orang dok cerita pasal pengalaman kena tindih ni. Betul ker kena tindih disebabkan gangguan makhluk seperti jin atau hantu?

Orang ramai describe kena tindih seperti takleh gerakkan seluruh badan, hujung jari, terasa berat kat dada, nampak benda-benda pelik (hantu, makhluk hitam dan sebagainyer). Kalau aku tanya sini, mesti ramai jawab pernah kena. Aku pun jujur pernah ada pengalaman kena 'tindih' ni masa skolah menengah dulu. Ada la dalam 3-4 kali jugak, masa tu aku sedar boleh bukak mata separuh. Aku tau aku sedar tapi tak boleh gerak. Kadang-kadang geram, sebab tak boleh gerak pastu 5 minit baru boleh gerak. Aku dulu pun takut, memang ingat kena hempap dah. Lepas boleh gerak tu seram sejuk jer. Tapi, setelah aku masuk U belajar pasal tubuh badan manusia, baru lah aku tau kebenaran dia. Ni aku nak cerita sikit pasal fenomena hempap/tindih atau nama medical nyer 'sleep paralysis'.

Sleep paralysis atau dimelayukan 'lumpuh waktu tidur' adalah condition yang terdiri daripada of course la paralysis (lumpuh) yang temporary (sementara). Temporary paralysis ni selalu berlaku bila masa hendak tidur (hypnagogic paralysis) atau baru-baru bangun dari tidur (hypnopompic paralysis).

Okey, normal badan manusia bila tidur, bila masuk stage tidur yang nyenyak atau REM (rapid eye movement waktu nyenyak ni, bijik mata kita gerak-gerak) stage otak akan bagitau badan kita suruh rehat so, badan kita kira macam switch off kejap REM atonia (tader muscle tone)

Ok, otak kita pun ada switch off button dipanggil reticular activating system RAS. Bila otak dah switch off badan, dia pun auto switch off RAS ni, so tinggal automatic function (degupan jantung, bernafas etc.) jer yang on. Kiranya screensaver laaa or hibernate so, bila kita bangun, RAS switched on balik. Kita sedar fully awake state. Tapi kadang-kadang, electrical signal tidak diactivate kan oleh otak suh switch on balik badan kiter. Maka masa tu laa badan kita lumpuh seketika. Before otak activate balik, memang menakutkan tapi benar.... tapi paralysis tu tak semestinyer complete atau full..kadang-kadang partial atau sebahagian jer. Tu ada yang boleh gerakkan ibu jari, tetapi badan lain lumpuh etc..

Satu lagi, sleep paralysis ni selalu jugak datang sekali dengan hallucinations (halusinasi la) either dalam bentuk auditory (dengar bunyi pelik-pelik), visual (nampak benda bukan-bukan) atau tactile (deria sentuhan, terasa benda sentuh/hempap dll..)

Sebab-sebab atau benda-benda yang boleh mentrigger sleep paralysis:

1. Tidur dalam posisi terlentang terlalu lama

2. Jadual tidur yang tak tentu arah (irregular sleep clock)

3. Sleep/rest deprivation (tidak cukup tidur la ni...penat sangat)

4. Stress yang banyak kat otak...masalah keluarga, kewangan bla2

5. Pertukaran gaya hidup secara tiba-tiba ( macam biasa dok rumah jer, tetiba esok gi panjat gunung, kayuh basikal....heheh extreme sangat contoh aku ni)

6. Orang yang ader penyakit narcolepsy

So jangan lagi kata kena hempap dengan hantu. Korang lagi hantu sebenarnya......... tapi kalau korang yang terutamanaya kaum wanita tu kalau celik jer mata tiba-tiba kena tindih dek laki korang jangan la korang baca ayat Kursi tu..nanti tebakar lak laki.. bacalah Alhamdulillah!!

Rabu, 1 Disember 2010

tidak dapat menIKMATI

Alangkah indahnya kehidupan nie kalau semudah dan sesenang itu. Hanya click je dan petik je dapat segalanya..hanya duduk sahaja tetapi dapat segala-galanya.


Nie lah yang zie maksudkan nak dapat duit hanya click je satu ari leh dapat beribu-ribu. Kalaulah hidup sesenang ini kan aman..boleh zie shopping-shopping puas-puas hari-hari...kedidupan pastinya tidak lah sesusah ini.

Nescafe 3 in 1 merosakkan jantung & buah pinggang

Zaman skarang ni, banyak penyakit datang dari pemakanan….. 

Beberapa hari lepas saya dikunjungi oleh seorang pelajar lelaki tahun akhir. Sudah beberapa bulan pelajar ini tidak bertemu dengan saya. Pelajar ini mengemukakan beberapa masalah kumpulannya untuk diselesaikan oleh saya sebagai seorang penasihat akademiknya. Alhamdulillah masalah dapat diselesaikan.

Selepas hajat terlaksana, pelajar ini yang saya namakan sebagai Ahmad menukar topik kepada topik kesihatan dirinya. Beliau mengadukan masalah dirinya. Beliau dapat merasakan kemerosotan tahap kesihatan dirinya. Berikut adalah antara tanda-tanda yang dapat

dikenalpasati:
Kerap berdebar tidak menentu masa. Kadang-kadang waktu membaca tiba-tiba jantung / dada berdebar dengan laju.

1. Bila jantung berdebar ini berlaku, ia akan diikuti dengan dahi berpeluh  
2. Beliau juga kerap merasakan kesakitan pada dadanya.  
3. Sering mencungap dan kadang-kadang kala sewaktu sembahyang pun mencungap.  
4. Semakin tidak tahan atau alah dengan panas terik matahari dan jikalau kena panas, badannya akan banyak berpeluh dan tidak selesa. 
5. Jikalau tahun lepas, kekerapan simptom-simptom di atas agak jarang namun kebelakangan ini, kekerapan kejadian semakin kerap sehingga satu kali serangan dalam setiap 2/3 hari.  
6. Tapak tangannya.semakin basah.

Berdasarkan simptom yang saya perolehi saya terus menyoal tabiat permakanannya. Selepas mendapat data yang dikehendaki saya pun memberikan penjelasan 'Ahmad, engkau ni walau pun usia masih muda, jantung engkau sudah bermasalah. Punca masalah engkau ini

adalah kerana engkau kerap meminum Nescafe 3 in one. Nescafe adalah tidak baik dan merosak buah pinggang manakala krimer yang terdapat di dalam campuran ini sangat merosak jantung. Krimer ini bukan diperbuat dari susu tetapi adalah dibuat dari kelapa sawit (non dairy creamer)' 


selanjutnya saya menasihati Ahmad untuk melakukan perkara berikut untuk merawat jantungnya:

1. Elakkan dari meminum Nescafe yang merosak buah pinggang dan elakkan sama sekali apa jua jenis krimer yang dibuat dari selain susu (non dairy creamer)  
2. Elakkan dari mengambil coffee mate kerana ia adalah non dairy creamer 
3. Elakkan makan ais krim kerana mengandungi krimmer yang tinggi 
4. Elakkan susu pekat manis yang mengandungi krimer dari selain susu. 
5. Elakkan memakan sebarang makanan yang mengandungi margarine 
6. Elakkan memakan burger, naget, kentang goreng, potato chip dan segala yang sewaktu dengannya  
7. Elakkan mandi selepas makan  
8. Amalkan amalan: Ambil segenggam kacang hijau, rendam dalam air kira-kira 10 minit,selepas itu rebus asal masak dan bukan rebus sehingga pecah tanpa membubuh garam. Selepas itu buang air rebusan dan makanlah kacang hijau ini dan amalkan amalan ini setiap hari.  
9. Boleh beli jintan hitam dan makan setiap hari atau pun belilah yang sudah siap diproses atas nama habbatussauda 
10. Amalkan makan sayuran pahit seperti kailan, peria, pegaga, daun ubi, pucuk betik, ulam-ulam dsbnya. 
11.. Kurangkan makan nasi lemak terutama sekali nasi lemak di kedai kerana mereka mencampurkan minyak masak kepada nasi lemak agar nasi lemak ini kelihatan cantik berderai dan tidak melekat.pada yang mulai menghadapi masalah dengan jantungnya atau yang sudah lama bermasalah jantung, bolehlah mengamalkan amalan di atas. 

Sekian wassalam wallahuaqlam. _,

'sharing is caring

intai yang lain jom.....

layan wei....

 

My Blog List

impian karut

  • bulan madu ke pulai madukan sabah
  • melancong pi jakarta dan bandung
  • melancong ke serawak melawat ana dan as
  • beli mesin jahit tepi
  • beli mesin jahit (done)
  • beli oven n mix
  • butik pengantin
  • rumah sendiri
  • kereta sendiri
  • kelas mengandam
  • kelas photografi
  • kelas menjahit tudung (done)
  • membeli kemera D90 (done)
  • kelas menjahit pakaian perempuan (done)
  • kelas membuat pakaian lelaki
  • belajar buat kuih talam
  • belajar buat kek

DUIT simpanan SHOPPING