Tahun baru dah nak masuk mesti ader azam baru kan? nie zie nak share mcm man nak merancang matlamat kite tue supaya tercapai.zie dapat kat motivasi memburu kejayaan yang DITULIS oleh DATUK MAZNAH HAMID.
Berikut adalah latihan bagi menolong kita merancang tindakan yang perlu diambil dalam mencapai matlamat.
- Nyatakan dengan terang dan jelas matlamat yang kita ingin capai dalam masa enam bulan akan datang.
- Mengapakah kita ingin mencapai matlamat tersebut?
- Jika kita berjaya mencapainya, apakah kebaikan yang kita peroleh?Ganjaran untuk keluarga kita umpamanya.
- Apakah risiko yang ada dalam mencapai matlamat ini?
- Apakah pencapaian matlamat ini akan menyumbang ke arah Pencapaian matlamat jangka panjang?
- Apakah yang akan terjadi sekiranya kita tidak berjaya dan apakah alternatifnya?
- Apakah rintangan yang bakal dihadapi dalam menjayakan matlamat ini? Bagaimanakah cara untuk mengtasinya?
Setelah kita mengemukakan pelbagai pertanyaan seperti yang dinyatakan, maka kita akan mendapat gambaran yang jelas untuk merancang strategi bagi mencapai matlamat tersebut.
KIta mesti jujur pada diri sendii apabila merancang matlamat. Tidak guna mempunyai matlamat yang terlalu tinggi sehingga kita sendiri tidak mampu mencapainya. Janganlah jadi seperti kata orang, "nafsu besar tenaga kurang" atau " suara naga berjalan semut."
Kita mesti ukur kemampuan kita, menilai strategi kita dan berusaha sedaya upaya mencapai matlamat tersebut.
Tanpa bayangan positif adalah
mustahil bagi kita untuk mencapai
matlamat yang telah kita tetapkan.
kita tidak tahu apakah
sebenarnya yang kita kehendaki?
# untuk ingatan zie jugak untuk merancang matlamat supaya tercapai apa yang diplan bila tahun depan nanti..
0 comments:
Catat Ulasan