Friends

Sabtu, 30 Oktober 2010

rimasnya,sakit ati nya,......napelah jadi mcm nie,,.....

nie zie nak membebel je satu ari nie..bangun pagi-pagi sebab nak keluar awal supaya tak lambat tapi pagi-pagi time dah siap hujan lah pulak...adoi mcm mane nie zie nak merempat nie..jalan tak tahu lagi jam pukul 7.30 pagi dah zie nak sampai kat tempat tue pukul 9 pagi..tgk kat map geoole tue 15minit je tapi disebabkan zie tak tahu jalan zie keluarlah awal......

so bila hujan zie pun sambung lah zzzzzzzzzzzzzz sampai hujan reda kul 9.oo pagi kul 9.30pagi zie pun gerak lah pi tempat yang dituju berpandukan map....rupa-rupanya zie sesat sampai pukul 12.00 tgh hari..hhahahah...padan muke......geram sangat-sangat sebab tak dapat pi tempat tue siap dah booking dah bayar lagi lesap dah RM40.00 zie..mmg kecik nilainya tapi sangat-sangat berharga untuk zie...so satu hari nie zie sedih sangat-sangat sebab tak dapat pi kat tempat yang dituju...heheee...dah lah merempat je....

tak tahu lah bila lah nak mahir jalan kl nie...wa...wa....supaya tidak sesat lagi..bosan pulak selalu asik sesat je...

Tujuh maut bas terbalik
Oleh Muhamad Fairoz Azizan dan Nor Fazlina Abdul Rahim
bhnews@bharian.com.my
2010/10/30

 

 

Kegembiraan rombongan belia bercuti berakhir tragedi

KARAK: Tujuh maut, 21 cedera selepas bas persiaran membawa 44 ahli Belia 4B dari Kampung Siong, Baling, Kedah yang dalam perjalanan pulang dari Genting Highlands hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan sebelum terbalik di laluan bertentangan di Kilometer 36, Lebuhraya Karak, malam tadi.
Tujuh mangsa meninggal di tempat kejadian iaitu Mohammad Yusof Akhit, 16; Mohamad Khairy Mohamad Marzuki, 14; Mohamad Firdaus Rosedi, 16; Mohd Ridzuan Husain, 17; Mohd Fahmi Abdul Mustaffa, 17, Mohamad Amirul Mohd Isa, 13, dan Mohd Zainal Mohd Sufian, 28, meninggal dalam perjalanan ke Hospital Selayang.
Semua mangsa meninggal akibat tersepit dan tercampak daripada kenderaan.

Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Selangor, Superintendan Che Husin Omar, berkata ketika kejadian kira-kira jam 7 malam itu, bas berkenaan menuruni bukit di susur Genting dan dikatakan mengalami kerosakan brek sebelum terbabas dan terbalik.

“Akibat kejadian itu, empat penumpang tercampak keluar dan dua tersepit.

“Seramai 21 penumpang lagi cedera, kebanyakannya tersepit dibawa ke hospital dan seorang daripadanya meninggal dalam perjalanan. Penumpang lain termasuk dua pemandu dilaporkan selamat,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Beliau berkata, mangsa dibawa ke Hospital Selayang, Hospital Bentong dan Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Bas yang disewa Gerakan Belia 4B dikatakan sampai di pusat peranginan itu kira-kira jam 8 pagi tadi (semalam) sebelum bertolak pulang ke Kedah jam 5.30 petang.

Sementara itu, pemandu kedua, Abdul Ghani Ahmad, 56, yang mengalami kecederaan ringan berkata, ketika kejadian, beliau sedang tidur dan berasa bas dalam keadaan bergoyang sebelum terbalik.

“Kebanyakan penumpang ketika itu sedang tidur kerana masing-masing letih... saya hanya mampu melihat keadaan panik dan masing-masing menjerit.
“Malah, dua penumpang tersepit, manakala empat lagi tercampak keluar daripada bas itu,” katanya.

Mangsa, Mohd Zainol Hafizan, 15, ketika ditemui di HKL berkata, sepanjang perjalanan, beliau tertidur akibat kepenatan sebelum terjaga apabila menyedari bas bergoyang.

“Dalam sekelip mata, bas sudah terbalik. Semua penumpang hanya mampu menjerit kerana terlalu terkejut sebelum keluar dari tingkap untuk menyelamatkan diri,” katanya.

Rakannya, Ahmad Amirul Shahrul, 13, berkata, beliau hanya sedar selepas terdengar bunyi bising dan ketika itu bas sudah terbalik.

“Saya tidak mengalami kecederaan teruk teruk selepas keluar dari tingkap. Rakan-rakan lain juga mengambil langkah sama kecuali mereka yang tersepit,” katanya.

zie bace sedih sangat-sangat sejak akhir-akhir nie asik kes ttg kemalangan bas je....ari tue mase tragedi 10/10/10 pun dicalitkan dengan kemalangan bas...mase bace ttg kemalangan tue sesak nafas zie kejap sebab mase tue zie lalu jalan tue dgn kawan-kawan sebab pi johor dan melaka so dlm kul 4.oopm zie gerak balik ke kl semula.....dalam fikiran zie nasib baik bukan nasib zie untuk menerima kemalangan tersebut....mase tue boleh tahan laju jugak lah zie bawa....hehehe..

Rabu, 27 Oktober 2010

meletihkan...

hai salam semua...rindu rasanya sebab dah tak bukak blog..baru-baru nie zie terlalu sibuk sangat-sangat...sibuk balik kg je lepastu sibuk nak exam..ia amat-amat lah meletih kan...sibuk membace buku je....lepas tue ati asik tak tenang je kalau teringat ttg exam nie.....berdebar-debar rasanya....zie sampai terbawak-bawak dalam tido..heehhe yang kelakarnya siap mimpi pi exam lagi...hehhehe....


alhamdulilah semuanya dah settle ari nie..tapi sambung bz dengan keje lah pulak...hehee....
walau ape pun terjadi zie happy untuk hari ini sebab ader seorg kawan yg perihatin memberikan zie satu semangat kepada zie.zie sebenarnya tengah kecewa sgt-sgt.mase dia tanya tue pun zie mcm nak nangis je....tapi zie tahankan jugak dan kata-kata semangat tue membuat kan zie semakin sabar dengan keadaan yang zie terima nie.....


Entahlah zie nie semakin besar semakin sensetif orgnya......harap-harap tidak makin menjadi-jadi...try to back mencari diri sendiri  yang tengah hilang.... disebabkan keadaan sekeliling...

berharap ader lah hikmah dengan segala yang berlaku.....









intai yang lain jom.....

layan wei....

 

My Blog List

impian karut

  • bulan madu ke pulai madukan sabah
  • melancong pi jakarta dan bandung
  • melancong ke serawak melawat ana dan as
  • beli mesin jahit tepi
  • beli mesin jahit (done)
  • beli oven n mix
  • butik pengantin
  • rumah sendiri
  • kereta sendiri
  • kelas mengandam
  • kelas photografi
  • kelas menjahit tudung (done)
  • membeli kemera D90 (done)
  • kelas menjahit pakaian perempuan (done)
  • kelas membuat pakaian lelaki
  • belajar buat kuih talam
  • belajar buat kek

DUIT simpanan SHOPPING