Dengar tajuk nie mesti seram kan....zie sendiri seram tapi nie lah pengalaman yang zie dapat semasa berkursus. Zie mmg dapat tahu dikawasan tersebut memanglah keras jadi zie kena lah banyak-banyak amalkan bacaan alQuran untuk melindungi diri dari gangguan yang tidak diingini.lagi satu kata-kata juga perlu dijaga itu yang dipesan oleh emak.
Histeria merupakan suatu keadaan minda seperti ketakutan atau emosi yang tidak terkawal. Ketakutan tersebut selalunya disebabkan oleh beberapa kejadian yang dilalui oleh seseorang yang melibatkan konflik yang teruk. Mereka yang mengalami histeria sering kehilangan kawalan akibat ketakutan yang teramat sangat.http://ms.wikipedia.org/wiki/Histeria
Maksud histeria yang zie dapat dari intenet. Memang itu lah maksudnya. Kawan sebilik zie mendapat ganguan semasa ceramah malam. Dengan keadaan yang tidak sihat kerana deman, batuk, dan selsama menyebabkan badan jadi lemah. Ini juga menyebabkan boleh terkena histeria. kerana kita tidak kuat semangat.
Pengalaman itu susah untuk zie ceritekan terlalu mendalam dalam hidup ini. Zie sendiri tidak berani terlalu dekat dengan kawan zie itu kerana zie bukan lah seorang yang terlalu kuat semangat. Tapi ini lah pengalaman yang dapat dilihat didepan mata sendiri. Amat menyeramkan dalam diri ini. Hari-hari yang berikutnya amat merisaukankan hati ini. waktu siang adalah waktu yang ditunggu-tunggu dan waktu malam adalah waktu yang tidak mahu dilalui.
Cukuplah ape yang berlaku didepan mata Ini pengalaman yang ke2 penah zie alami. Harap-harap zie mendapat kekuatan dan kuat semangat supaya tidak terkene seperti itu. pesanan zie apabila berarda ditempat orang terutamanya keras seperti hutan or other place. Haruslah amalkan bacaan al-quran, sembayang, bawa alQuran dan jaga percakapan.
0 comments:
Catat Ulasan