Friends

Ahad, 23 Januari 2011

kekuatan tulang

Mengenai TULANG

Apa akan berlaku jika kita tidak mempunyai tulang? Tanpa tulang, kita hanya segumpal kulit di atas lantai. Kita tidak mungkin boleh berjalan, bercakap atau berdiri!


rangka badan manusia terdiri daripada lebih 206 tulang. Tulang membentuk struktur dan memberi sokongan supaya badan kita boleh berdiri tegak, membolehkan kita bergerak dan juga melindungi organ dalaman (seperti jantung dan paru-paru). Ia juga menyimpan 99% daripada Kalsium dalam badan kita. Oleh kerana tulang memainkan pelbagai peranan penting, adalah penting untuk kita memeliharanya supaya ia kekal kuat dan sihat.


TAHUKAH ANDA....
Tulang kita diperbaharui sepenuhnya setiap sepuluh tahun
Tulang manusia adalah 4 kali lebih kuat berbanding konkrit.


TULANG ANDA ADALAH TISU HIDUP!

Tulang adalah tisu hidup yang terdiri daripada sel-sel hidup (kolagen dan sbg.) dan mineral (kalsium dan sbg.), berserta saluran darah dan saraf.

Tulang anda akan terurai dan membentuk semula melalui proses semulajadi yang dikenali sebagai "pembinaan semula tulang", yang berlaku sepanjang hayat anda.

Proses penguraian dan pembinaan semula membolehkan tulang-tulang baru dibina. Kedua-dua proses ini perlu seimbang untuk mengekalkan jisim tulang. Jika aktiviti penguraian melebihi aktiviti pembinaan semula, ia mungkin mengakibatkan pengurangan jisim tulang. INI BERMAKNA, JIKA AKTIVITI PENGURAIAN TULANG BERKURANGAN, ANDA AKAN DAPAT MELINDUNGI KEKUATAN TULANG ANDA

Ketika kita muda, proses pembinaan semula tulang menyebabkan lebih banyak tisu tulang dibentuk. Apabila kita mencapai usia dua puluhan atau tiga puluhan, jisim tulang kita mencapai kemuncaknya.

semakin usia kita meningkat, lebih banyak jisim tulang akan berkurangan kerana aktiviti penguraian melebihi aktiviti pembentukan semula. Jika ini berterusan, tulang boleh menjadi lemah dan keretakan tulang mungkin berlaku.

OSTEOPOROSIS
Osteoporosis adalah sejenis penyakit yang menyebabkan tulang anda menjadi lemah dan rapuh, terutamanya di pergelangan tangan, pinggul dan tulang belakang, menjadikannya mudah patah. kemerosotan tulang berlaku secara perlahan-lahan, tidak menyakitkan dan tidak menunjukkan sevarang simptom. Mereka yang mengalami osteoporosis hanya meyedarinya setelah mengalami kepatahan tulang.

Statistik menunjukkan bahawa 1 daripada 3 wanita, dan 1 daripada 5 lelaki yang berumur lebih daripada 50 tahun akan mengalami kepatahan tulang pinggul akibat osteoporosis.


Cara-cara mengekalkan TULANG YANG KUAT

  • Pemakanan yang seimbang Pengambilan 'nutrien tulang' yang secukupnya seperti Kalsium dan Vitamin D dalam diet anda amat penting. Susu merupakan salah satu sumber baik kerana ia membekalkan anda dengan nutrien penting yang lain seperti Protein, Magnesium dan Zink.
  • Senaman Tulang kita boleh menjadi semakin kuat dengan senaman, seperti berjalan, berlari,lompat tali,menaiki tangga, joging dan menari.
  • Gaya hidup sihat Elakan merokok dan pengambilan alkohol yang berlebihan. Ia boleh mengurangkan kandungan Kalsium dan mineral dalam tulang, menjadikannya lemah dan mudah patah.


sumber diperolehi : 
http://www.anlene.com.my/

0 comments:

intai yang lain jom.....

layan wei....

 

My Blog List

impian karut

  • bulan madu ke pulai madukan sabah
  • melancong pi jakarta dan bandung
  • melancong ke serawak melawat ana dan as
  • beli mesin jahit tepi
  • beli mesin jahit (done)
  • beli oven n mix
  • butik pengantin
  • rumah sendiri
  • kereta sendiri
  • kelas mengandam
  • kelas photografi
  • kelas menjahit tudung (done)
  • membeli kemera D90 (done)
  • kelas menjahit pakaian perempuan (done)
  • kelas membuat pakaian lelaki
  • belajar buat kuih talam
  • belajar buat kek

DUIT simpanan SHOPPING