Friends

Isnin, 14 Mac 2011

perlaburan ASB

Sekarang nie perbelanjaan sangat lah banyak..harga barang makin lama makin naik lepas tue minyak petrol pun naik gak....semuanya naik tapi gaji x nail-naik gak....sakit jiwa rasenya..duduk kl nie dah lah tinggi kos hidupnya...adoi....
kadang-kadang ader niat nak balik kg je....
Tue yang tertiba teringin nak buat pelaburan.bila teringatkan thn lepas dapat dividen 7.5%.byk gak tue....tapi zie simpan sikit-sikit je thn lepas so dpt pun sikit gak...so kalau lah zie ader 10k dalam akuan asb so tiap2 thn dpy lah rm750 kan....so zie terfikir tuk buat pinjaman terus 10k.so same je tiap-tiap bulan tue tolak gak same je suma lainnya hujung tahun dpt RM750.sape lah yang nak bagi sebulan gaji tue kan...

Bila difikir-fikir kan bagus gak tue. Ayah pun mencadangkan nya....so banyak-banyak bank untuk loan asb. bank maybank paling bagus.tapi ambik yang islamic lah.....ini satu pelaburan yang bagus..jadi cubalah..zie dah try..kamu bila lagi kan.....

cuba dapat kan banyak maklumat tenrtang pelaburan asb nie disini. Banyak ilmu zie dapat dari laman web tue. Trylah..sampai bila kite nak mengharapkan duit gaji kite simpan tiap2 bulan tue. Trylah invest disesuatu tempat yang mendatangkan faedah....zie dah bandingkan dan kira sendiri keuntungan yang zie dapat..jadi tidak lah tiap-tiap tahun kite nak overlap je kan..sampai bila kan....interes tinggi pulak tue...kehidupan makin tinggi gaji x mencukupi pulak.


nie zie nak share tentang bandingan kite buat loan asb dan simpan sikit-sikit di bank. kira-kira dividen asb
kalau tak dapat bukak link tue tinggal kan email nanti zie send kan kat awak semua.

okes lah...selamat menyimpan ye....dan fikir-fikirkan ape yang zie sampaikan....

Ahad, 13 Mac 2011

wah.................................


wah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
lamanya aku tak update blog nie..kesibukan menyebabkan kebatasan untuk update blog nie.....shoponline aku pun dah lama aku tak update...ader stock pun jual off9 je yang aku sempat...hehehhhahh.....maaf lah banyak-banyak eh....

insyallah lepas nie saya aktiv kembali ye.....blog aku pun dah nampak makin cantik dah..hehe..dengan rupa baru lagi......

Isnin, 24 Januari 2011

cheak jangan tak cheak


Mesti ko orang dah bace tentang kekuatan tulang. So untuk itu zie pun pi lah cheak tulang zie nie.alhamdulilah tulang zie tergolong dalam keadaan yang baik dan kuat..heheheh walaupun zie x minum susu kalsium tue tetap dapat. Mase tue staf-staf anlene nie ader datang kat ofiss so free je lah kan nak pi cheak. kalau kat luar mahunya x mahal kan.....

nie mase cheak
result zie

 
 

Ahad, 23 Januari 2011

kekuatan tulang

Mengenai TULANG

Apa akan berlaku jika kita tidak mempunyai tulang? Tanpa tulang, kita hanya segumpal kulit di atas lantai. Kita tidak mungkin boleh berjalan, bercakap atau berdiri!


rangka badan manusia terdiri daripada lebih 206 tulang. Tulang membentuk struktur dan memberi sokongan supaya badan kita boleh berdiri tegak, membolehkan kita bergerak dan juga melindungi organ dalaman (seperti jantung dan paru-paru). Ia juga menyimpan 99% daripada Kalsium dalam badan kita. Oleh kerana tulang memainkan pelbagai peranan penting, adalah penting untuk kita memeliharanya supaya ia kekal kuat dan sihat.


TAHUKAH ANDA....
Tulang kita diperbaharui sepenuhnya setiap sepuluh tahun
Tulang manusia adalah 4 kali lebih kuat berbanding konkrit.


TULANG ANDA ADALAH TISU HIDUP!

Tulang adalah tisu hidup yang terdiri daripada sel-sel hidup (kolagen dan sbg.) dan mineral (kalsium dan sbg.), berserta saluran darah dan saraf.

Tulang anda akan terurai dan membentuk semula melalui proses semulajadi yang dikenali sebagai "pembinaan semula tulang", yang berlaku sepanjang hayat anda.

Proses penguraian dan pembinaan semula membolehkan tulang-tulang baru dibina. Kedua-dua proses ini perlu seimbang untuk mengekalkan jisim tulang. Jika aktiviti penguraian melebihi aktiviti pembinaan semula, ia mungkin mengakibatkan pengurangan jisim tulang. INI BERMAKNA, JIKA AKTIVITI PENGURAIAN TULANG BERKURANGAN, ANDA AKAN DAPAT MELINDUNGI KEKUATAN TULANG ANDA

Ketika kita muda, proses pembinaan semula tulang menyebabkan lebih banyak tisu tulang dibentuk. Apabila kita mencapai usia dua puluhan atau tiga puluhan, jisim tulang kita mencapai kemuncaknya.

semakin usia kita meningkat, lebih banyak jisim tulang akan berkurangan kerana aktiviti penguraian melebihi aktiviti pembentukan semula. Jika ini berterusan, tulang boleh menjadi lemah dan keretakan tulang mungkin berlaku.

OSTEOPOROSIS
Osteoporosis adalah sejenis penyakit yang menyebabkan tulang anda menjadi lemah dan rapuh, terutamanya di pergelangan tangan, pinggul dan tulang belakang, menjadikannya mudah patah. kemerosotan tulang berlaku secara perlahan-lahan, tidak menyakitkan dan tidak menunjukkan sevarang simptom. Mereka yang mengalami osteoporosis hanya meyedarinya setelah mengalami kepatahan tulang.

Statistik menunjukkan bahawa 1 daripada 3 wanita, dan 1 daripada 5 lelaki yang berumur lebih daripada 50 tahun akan mengalami kepatahan tulang pinggul akibat osteoporosis.


Cara-cara mengekalkan TULANG YANG KUAT

  • Pemakanan yang seimbang Pengambilan 'nutrien tulang' yang secukupnya seperti Kalsium dan Vitamin D dalam diet anda amat penting. Susu merupakan salah satu sumber baik kerana ia membekalkan anda dengan nutrien penting yang lain seperti Protein, Magnesium dan Zink.
  • Senaman Tulang kita boleh menjadi semakin kuat dengan senaman, seperti berjalan, berlari,lompat tali,menaiki tangga, joging dan menari.
  • Gaya hidup sihat Elakan merokok dan pengambilan alkohol yang berlebihan. Ia boleh mengurangkan kandungan Kalsium dan mineral dalam tulang, menjadikannya lemah dan mudah patah.


sumber diperolehi : 
http://www.anlene.com.my/

Khamis, 13 Januari 2011

Rabu, 12 Januari 2011

HISteRIA

Dengar tajuk nie mesti seram kan....zie sendiri seram tapi nie lah pengalaman yang zie dapat semasa berkursus. Zie mmg dapat tahu dikawasan tersebut memanglah keras jadi zie kena lah banyak-banyak amalkan bacaan alQuran untuk melindungi diri dari gangguan yang tidak diingini.lagi satu kata-kata juga perlu dijaga itu yang dipesan oleh emak.


Histeria merupakan suatu keadaan minda seperti ketakutan atau emosi yang tidak terkawal. Ketakutan tersebut selalunya disebabkan oleh beberapa kejadian yang dilalui oleh seseorang yang melibatkan konflik yang teruk. Mereka yang mengalami histeria sering kehilangan kawalan akibat ketakutan yang teramat sangat.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Histeria

Maksud histeria yang zie dapat dari intenet. Memang itu lah maksudnya. Kawan sebilik zie mendapat ganguan semasa ceramah malam. Dengan keadaan yang tidak sihat kerana deman, batuk, dan selsama menyebabkan badan jadi lemah. Ini juga menyebabkan boleh terkena histeria. kerana kita tidak kuat semangat.

Pengalaman itu susah untuk zie ceritekan terlalu mendalam dalam hidup ini. Zie sendiri tidak berani terlalu dekat dengan kawan zie itu kerana zie bukan lah seorang yang terlalu kuat semangat. Tapi ini lah pengalaman yang dapat dilihat didepan mata sendiri. Amat menyeramkan dalam diri ini. Hari-hari yang berikutnya amat merisaukankan hati ini. waktu siang adalah waktu yang ditunggu-tunggu dan waktu malam adalah waktu yang tidak mahu dilalui.

Cukuplah ape yang berlaku didepan mata Ini pengalaman yang ke2 penah zie alami. Harap-harap zie mendapat kekuatan dan kuat semangat supaya tidak terkene seperti itu. pesanan zie apabila berarda ditempat orang terutamanya keras seperti hutan or other place. Haruslah amalkan bacaan al-quran, sembayang, bawa alQuran dan jaga percakapan.


rindu yang teramat

Rindu yang teramat zie terhadap blog ini. hampir 3 minggu zie tidak mengadap blog kesayangan dan fb zie..kehidupan hari-hari yang dilakukan di ofis ialah mengadap blog n fb bila ader masa kelapangan terutamanya waktu rehat..hehhe..heheh...tapi selama 3 minggu nie zie tidak dapat melakukan hobi ini kerana zie pergi berkursus di perak. Lama kan....tapi kini zie sudah kembali kepada kehidupan asal.

Selama 3 minggu nie betul-betul rasa perubahan dan kesunyian tanpa ader komputer dan internet. Masa yang lapang diabiskan tido, tgk tv dan borak-borak dengan kawan-kawan. PeBAgai yang zie alami disana dan pebagai tingkahlaku yang zie lihat. Dengan kehadiran kawan-kawan baru dan suasana yang baru.

Jadual yang padat tetap membosankan entah tidak tahu ape puncanya..teringatkan org yang tiada di depan mata mungkin. Perancangan yang telah diatur terpaksa dibatalkan secara mendadak kerana mendapat surat cinta dari bos untuk berkursus...sepanjang kursus hati tidak ader pun di perak. Yang perlu zie lakukan disana ialah mendiamkan diri dan senyap menyebabkan hari-hari yang zie lakukan disana ialah suram tanpa ader keceriaan...

Walaupun dapat mengenal kawan dari pelbagai negeri tetapi hati tetap tidak ceria. Hari yang ceria ialah hari terakhir masa untuk balik ke kl semula. Walaupun keadaan ini tidak sihat kerana demam.batuk dan selsama serang semula.

 

intai yang lain jom.....

layan wei....

 

My Blog List

impian karut

  • bulan madu ke pulai madukan sabah
  • melancong pi jakarta dan bandung
  • melancong ke serawak melawat ana dan as
  • beli mesin jahit tepi
  • beli mesin jahit (done)
  • beli oven n mix
  • butik pengantin
  • rumah sendiri
  • kereta sendiri
  • kelas mengandam
  • kelas photografi
  • kelas menjahit tudung (done)
  • membeli kemera D90 (done)
  • kelas menjahit pakaian perempuan (done)
  • kelas membuat pakaian lelaki
  • belajar buat kuih talam
  • belajar buat kek

DUIT simpanan SHOPPING