Friends

Rabu, 25 Mei 2011

benci sangat-sangat

kali nie zie mmg nak membebel bukan ape....ya allah..dugaan tue berat sangat untuk zie..sarat sangat...terpikir kenapa lah zie nie terlalu byk kekurangan sangat-sangat..dugaan ape lagi lah yg akan berlaku lagi kat zie nie kan... zie mmg dawn gila-gila sekarang nie...zie sebenarnya nak je berhenti keje tak tahan langsung dengan budak-budak offis nie...sikit-sikit terasa itu lah ini lah...tapi bab-bab membuli n mgejek aku tue kuat gila tak penah fikir perasaan aku nie..selama nie ak senyap je tau....pastu aku begurau sikit-sikit ambik hati lah kecik hati lah.... abis tue dia orang penah fikir tak perasaan aku nie.....salah ke kalau aku bawak bekal sampai nak kate aku kedekut..salah ke kalau aku keluar x membeli..ikut cita rasa masing-masinglah...

YaAllah sesungguhnya aku tidak tahan dugaan ini YaAllah......cukup lah setakat ini.sejujurnya aku terlalu merindui kawan-kawan aku di sarakids.......rindu zaman belajar aku.....kenapa aku perlu lalui semua ini?kenapa perlu ader kekurangan dalam diri aku ini.kenapa aku pelat dalam sebutan 'R' tue..aku benci dia org semua yang merendah-rendahkan kekurangan aku nie......


Khamis, 19 Mei 2011

45 minit......


Tgk logo tue mesti ko org tahu kan ape dia.....siapa lah yang tidak kenal dengan LHDN nie kan..biasanya awal tahun je mesti bz sikit sebab LHDN nie kan..hehhe tue tuk org lain lah tapi bukan zie tau......hhehheheh
Mesti tertanya-tanya kan ape kaitan LHDN nie dgn 45minit tajuk yang zie berikan dan kaitan dengan zie kan....nie lah nak story nie....mula-mula zie nak bagi tahu zie dapat keje interview kat LHDN nie...mesti terkejutkan. ye lah tak kan dah berubah hati nak pindah kot...
Ape-ape pun zie just try je pergi interviewnya kalau ader rezeki alhamdulilah......nie pengalaman ke 2 zie interview dengan govement..memang lain gila.terlalu ketat interview disini pada zie lah....

Mula-mula zie kene timbang berat dan ukur tinggi. Dalam hati zie berkate-kate ape kaitan pembantu tadbir dengan ketinggian dan berat kan just keje sebagai kerani je?semua soalan tue mmg tiak dapat jawapannya...yang boleh dilalukan hanya ikutkan je lah...selepas itu sesi kedua ambil gambar seperti panduan tue kene tulis ic besar-besar kat A4 paper pastu ambik gambar.heheh..kelakar gila...

sesi yang seterusnya nie yang tak tahan nie lebih dari setengah jam tunggu kat sebelah pintu untuk masuk bilik panel.tak gak peserta interview yang kat dalam tue keluar-keluar.hati zie lagi lah berdebar-debar sebab lama sangat dalam hati ape lah yang lama sangat ditanya sampai tak keluar2 lagi nie...adoi...darah rase tak berjalan dah sesak nafas...dah lah tahan nak pi toilet je..biasa lah debarannya..tuhan je yang tahu..hehehhe...

Tak lama lepas tue giliran zie pulak masuk tetap pukul 11.15 pagi zie masuk dalam bilik panel tue..lepas tue nak tahu zie keluar pukul berape?.........................................hehehhehe...gila lama zie keluar tetap pukul 12.00 tengahari tau..lamanya.....terus terang zie tak boleh nak target boleh dapat pun sebab banyak yang ditanya zie tak dapat jawap terutamanya tentang cukai.......

Apa-apa pun zie tawakal je.....doa kan lah kejayaan zie ye....





Sabtu, 30 April 2011

Reasons Why Sweet To Be Single



Tidak berteman? Rasa sunyi? Usah harungi detik bersendirian dengan perspektif pesimistik. Berikut adalah antara alasan mengapa single ROCKS!!!

1. Bebas dan berdikari

Jika terasa ingin membeli belah, jangan fikir lama-lama. Dengan kebebasan yang ada, anda boleh membuat apa sahaja yang anda suka, sama ada menonton wayang romantiks seorang diri atau ke salun kecantikan. Jika teringin mencuba stail rambut baru, pergilah ke salun dan dapatkan nasihat. Bukan sahaja kebebasan ini dapat memberi anda ruang untuk mebuat perkara yang diinginkan, anda juga dapat berkenalan dengan lebih ramai rakan baru tanpa perlu risau boyfriend berasa cemburu.


2. Jadi rakan yang baik

Sememmangnya tanpa kekasih di sisi, anda mempunyai banyak masa berkualiti bersama rakan-rakan. Anda boleh ke spa bersama-sama dan mengadakan parti di rumah. Bukan sahaja mengeratkan hubungan malah memberi peluang mengenali diri dan rakan. Detik yang dikongsi bersama boyfriend ke padang bola atau futsal boleh digantikan dengan membuat aktiviti yang lebih berfaedah dengan rakan baik.

3. Lebih banyak masa berkualiti di rumah

Ibu bapa sering terasa keseorangan apabila anak gadis sudah besar dan mempunyai boyfriend terutamanya apabila anak-anak sudah bekerja dan mempunyai rumah sendiri. Kalau single, lebih banyak masa boleh diluangkan bersama mereka di rumah. Sama ada makan malam bersama atau berbual-bual di hujung minggu cukup bermakna kepada kedua-dua ibu bapa anda. Bukan itu sahaja, anda juga boleh membantu ibu mengemas rumah atau menolong ayah mencuci kereta. Hubungan kekeluargaan akan lebih erat.

4. Kuat keuntungan dengan part-time

Dengan banyak masa terluang, anda boleh membuat kerja part-time. Bukan sahaja memberi wang lebih malah berpeluang berkenalan dengan orang baru. mungkin anda bertuah bertemu teman baru yang berkongsi minat yang sama.

5. Jimat kos

Bila berdating, perbelanjaan akan meningkat. Bila single, perbelanjaan boelh dijadikan simpanan dan digunakan untuk aktiviti yang diinginkan seperti melancong ke luar negara dan membeli komputer riba baru. Anda boleh memilih untuk makan fast food dan pulang ke rumah menikmati makanan ibu. Bukan itu sahaja, anda tidak perlu keluarkan bajet untuk hari2 speselseperti hari kekasih, ulang tahun dan sebagainya.

6. Kurang beban tanggungjawab

Anda tidak perlu risau sama ada rakan-rakan boyfriend sukakan anda atau tidak. Anda juga tidak perlu risau sama ada ibu bapabya mempunyai impresi positif terhadap anda. Dengan menjadi single, anda hanya perlu bertanggungjawab pada diri sendiri. Segala keputusan terletak di tangan anda dan tak rasa gusar atau bimbang sama ada ia akan merisaukan boyfriend anda.

Ahad, 24 April 2011

Tip Penjimatan Minyak petrol


Hari nie zie nak share sikit tentang cara-cara penjimatan minyak petrol. Pada hari ini minyak petrol amatlah berguna kerana hampir setiap hari dan setiap orang mempunyai kenderaan sendiri. Macam zie nie amatlah penting cara-cara ini memandangkan zie dah ader kereta yang diangkut bapak dan motor bapak gak.aku nie tahu merembat kenderaan bapak aku je...hehehe... so sekarang ini amatlah pening kepala tentang minyak petrol nie sebabnya ampang nie kawasan jam yang melampau.....ader dua mulut yang perlu diberi makan iaitu kereta dan motor...mcm tanggung anak je.

Nie tip-tipnya:-
  1. Elakkan mengisi minyak pada cuaca yang bersuhu tinggi. Isi minyak pada awal pagi atau malam kerana pada waktu ini minyak kurang termeluwap dan berketumpatanyang tinggi.zie isi waktu pagi sebelum pi keje kalau tak lewat..
  2. Pastikan anda menggunaka gear yang betul. Penggunaan gear rendah untuk kelajuan yang tinggi akan mengakibatkan anda kehilangan lebih 45% minyak. hhehe....zie selalu buat..patutlah abis minyak cepat.
  3. Bawa kereta dengan kelajuan yang konsisten dan kurangkan penukaran gear.
  4. Kurangkan perjalanan jarak dekat.
  5. Tutup tingkap kereta ketika memandu. Ia akan menjimatkan minyak anda sehingga 10%. selalu buat sebab tak suka gune aircont...bukan same je ke?aircont????
  6. Pastikan tekanan tayar anda berada pada ukuran yang betul. Jangan terlalu banyak atau terlalu sedikit.
  7. Elakkan memasang peralatan tambahan yang tidak aerodinamik seperti pengangkutan barang di atas bumbung.
  8. Buat pemeriksaan enjin dari masa ke semasa.
  9. Kawal kelajuan kira-kira tidak melebihi 90km. Semakin laju kenderaan, semakin banyak bahan api digunakan. HAHHAH....zie suke bawak laju....kantoi...
  10. Jangan membrek secara mengejut. Brek berlebihan mengakibatkan tenaga bahan api hilang melalui pengeseran tenaga. Jem yang kadang-kadang terpakse gak.
  11. Pastikan kereta diselenggara dengan baik. Servis kereta mengikut jadual.
  12. Periksa penapis udara dan penapis minyak petrol (tukar 40 000km sekali)
  13. Elakkan melalui kesesakan jalan raya dengan membuat perancangan perjalanan terlebih dahulu.
  14. Matikan enjin ketika sedang menunggu.
  15. Guna tayar kereta yang low profile dan mempunyai special rubber compound (Grip tinggi rintangan kurang)
  16. Pakai rim tayar biasa dan mengikut kesesuaian jenis kereta. Penggunaan rim tayar yang lebih besar menyebabkan bebanan kepada enjin.
  17. Isi minyak secara perlahan semasa di stesen minyak.
  18. Membuat isian semula minyak apabila takat minyak tidak kurang daripada separuh tangki kenderaan.
  19. Jangan membuat barangan terlalu banyak kerana apabila berat bebanan enjin akan meningkat dan penggunaan minyak akan bertambah.
  20. Elakkan mengisi minyak ketika lori tangki minyak sedang mengisi tangki di stesen minyak untuk mengelak kotoran di dalam tangki bercampur dengan minyak yang diisi disebabkan oleh tekanan pengeluaran minyak daripada lori yang kuat semasa proses tersebut.

Selasa, 19 April 2011

pantai

Pantai itu cantik
pantai itu tenang
mencari ketenangan dipantai lah jawapannya.....
segalanya akan jumpa........
tetapi keganasan dan kesedihan pantai tidak dapat diduga.......
org tua-tua penah berperibahasa

"kalau takut di lambung ombak jangan berumah ditepi pantai"


Amat mendalam kata-kata itu.
sebenarnya ianya sama juga dengan setiap kehidupan yang kite lalui ini..ape yg kite pandang cantik sebenarnya banyak harungi duri.....
seperti sesuatu hubungan


Carilah Sebuah Impian

CARILAH SEBUAH IMPIAN

adunkan
bersama motif dan tindakan

tambahkan
latihan demi latihan yang berterusan

hiasilah
dengan disiplin diri yang secukupnya

hasilnya
impian dan matlamat yang ingin dicapai
walau apa jua sekalipun

Selamat Mencuba dan Selamat Berjaya

PERINGATAN
Impian hanya akan tinggal impian
semata-mata sekiranya kita tidak
sanggup BERTINDAK menjadikan
impian kita sebuah kenyataan

afamosa resort

Lama dah story nie tapi nie baru zie dapat share aritue  zie ader lah pi bercuti ke afamosa resort di melaka...mmg terbaik lah zie cakap...sape-sape je boleh pi....mmg best mahal pun x lah sangat cuma air tin dan makanan tue mmg lah mahal.....2x ganda tue harga air tin tue....hahhahaaa.....fikir dalam ati menyesal mase kat luar tak shopping air banyak2....haha....

Aparment yang zie duduk pun mmg selesa gila-gila..siap ader dapur ruang tamu dan mcm-mcm lagi..mmg luas gila pemandangan pun cantik je dari koridor tue.....adohai mmg zie jatuh hati betul-betul dengan afamosa resort....teringin nak pi lagi....

Aper yang ader kat afamosa resort? Mcm-mcm ader first pi cowboy town..mmg syok gila time tgk persembahan dia bapi-api lagi tau..pastu dapat naik gajah..hahaa...nie paling kelakar sbb naik siap menjerit2 lagi...hahhah...


esoknya pi safari. tgk kehidupan binatang secara dekat..heheh..best gila.....

pastu petang balik kononnya nak singah taman rama-rama tapi ader sesuatu yang terjadi..kes pertama sekali yang zie tidak dapat lupakan.......mohon dipermudahkan je jalan itu......
aper yang terjadi rahsia...hehehe..yang penting zie enjoy sangat-sangat pi afamosa resort dengan 3 kawan zie mase belajar di kolej dulu......tq to anna n as sebab sanggup datang semenanjung semata-mata nak bercuti same-sama.....

intai yang lain jom.....

layan wei....

 

My Blog List

impian karut

  • bulan madu ke pulai madukan sabah
  • melancong pi jakarta dan bandung
  • melancong ke serawak melawat ana dan as
  • beli mesin jahit tepi
  • beli mesin jahit (done)
  • beli oven n mix
  • butik pengantin
  • rumah sendiri
  • kereta sendiri
  • kelas mengandam
  • kelas photografi
  • kelas menjahit tudung (done)
  • membeli kemera D90 (done)
  • kelas menjahit pakaian perempuan (done)
  • kelas membuat pakaian lelaki
  • belajar buat kuih talam
  • belajar buat kek

DUIT simpanan SHOPPING