Sekarang nie ramai sangat kan yang menghisap sisha. Dekat kedai-kedai makan sekarang pun ader je yang sediakan servis nie. Nie semua sebab mereka tidak tahu tentang bahaya sisha nie.so kononnya dah tak nak merokok tetapi beralih ke sisha dengan alasan ia tidak membahayakan kesihatan. Asalkan dapat menikmati 'asap pembunuh ini, ada saja cara baru digunakan. Tanpa sedar, mereka sebenarnya menempah jalan yang lebih kurang sama bahayanya seperti merokok.
Ramai yang menganggap air yang digunakan didalam sisha berfungsi sebagai penyaring racun yang membahayakan. Namun, sisha mahupun rokok ternyata memiliki kesan negatif yang tidak jauh bezanya. Kajian terbaru mendapati bahawa sisha dan rokok tembakau sama-sama mengandungi kadar karbon monokside yang tinggi dan memberi kesan terhadap kesihatan.
Kajian yang diterbitkan di dalam journal of the Americon Medical Association ini hanya mengkaji satu jenis gas beracun sahaja iaitu karbon monoksida. Walaupun begitu, sekurang-kurangnya kajian ini tetap boleh diambil kira sebagai amaran kepada penggemar-penggemar sisha agar tidak keterlaluan menghisapnya.
Senang cakap kedua-duanya bahaya....
0 comments:
Catat Ulasan