Friends

Khamis, 2 Disember 2010

fenomena kena tindih...

Janganlah kite ni selalu tuduh hantu le, jin le, tahyul semua tu. Fenomena kena tindih kepercayaan dan kebenaran just to share. Aku baca segmen pengalaman menyeramkan dalam book and readings, banyak sangat orang dok cerita pasal pengalaman kena tindih ni. Betul ker kena tindih disebabkan gangguan makhluk seperti jin atau hantu?

Orang ramai describe kena tindih seperti takleh gerakkan seluruh badan, hujung jari, terasa berat kat dada, nampak benda-benda pelik (hantu, makhluk hitam dan sebagainyer). Kalau aku tanya sini, mesti ramai jawab pernah kena. Aku pun jujur pernah ada pengalaman kena 'tindih' ni masa skolah menengah dulu. Ada la dalam 3-4 kali jugak, masa tu aku sedar boleh bukak mata separuh. Aku tau aku sedar tapi tak boleh gerak. Kadang-kadang geram, sebab tak boleh gerak pastu 5 minit baru boleh gerak. Aku dulu pun takut, memang ingat kena hempap dah. Lepas boleh gerak tu seram sejuk jer. Tapi, setelah aku masuk U belajar pasal tubuh badan manusia, baru lah aku tau kebenaran dia. Ni aku nak cerita sikit pasal fenomena hempap/tindih atau nama medical nyer 'sleep paralysis'.

Sleep paralysis atau dimelayukan 'lumpuh waktu tidur' adalah condition yang terdiri daripada of course la paralysis (lumpuh) yang temporary (sementara). Temporary paralysis ni selalu berlaku bila masa hendak tidur (hypnagogic paralysis) atau baru-baru bangun dari tidur (hypnopompic paralysis).

Okey, normal badan manusia bila tidur, bila masuk stage tidur yang nyenyak atau REM (rapid eye movement waktu nyenyak ni, bijik mata kita gerak-gerak) stage otak akan bagitau badan kita suruh rehat so, badan kita kira macam switch off kejap REM atonia (tader muscle tone)

Ok, otak kita pun ada switch off button dipanggil reticular activating system RAS. Bila otak dah switch off badan, dia pun auto switch off RAS ni, so tinggal automatic function (degupan jantung, bernafas etc.) jer yang on. Kiranya screensaver laaa or hibernate so, bila kita bangun, RAS switched on balik. Kita sedar fully awake state. Tapi kadang-kadang, electrical signal tidak diactivate kan oleh otak suh switch on balik badan kiter. Maka masa tu laa badan kita lumpuh seketika. Before otak activate balik, memang menakutkan tapi benar.... tapi paralysis tu tak semestinyer complete atau full..kadang-kadang partial atau sebahagian jer. Tu ada yang boleh gerakkan ibu jari, tetapi badan lain lumpuh etc..

Satu lagi, sleep paralysis ni selalu jugak datang sekali dengan hallucinations (halusinasi la) either dalam bentuk auditory (dengar bunyi pelik-pelik), visual (nampak benda bukan-bukan) atau tactile (deria sentuhan, terasa benda sentuh/hempap dll..)

Sebab-sebab atau benda-benda yang boleh mentrigger sleep paralysis:

1. Tidur dalam posisi terlentang terlalu lama

2. Jadual tidur yang tak tentu arah (irregular sleep clock)

3. Sleep/rest deprivation (tidak cukup tidur la ni...penat sangat)

4. Stress yang banyak kat otak...masalah keluarga, kewangan bla2

5. Pertukaran gaya hidup secara tiba-tiba ( macam biasa dok rumah jer, tetiba esok gi panjat gunung, kayuh basikal....heheh extreme sangat contoh aku ni)

6. Orang yang ader penyakit narcolepsy

So jangan lagi kata kena hempap dengan hantu. Korang lagi hantu sebenarnya......... tapi kalau korang yang terutamanaya kaum wanita tu kalau celik jer mata tiba-tiba kena tindih dek laki korang jangan la korang baca ayat Kursi tu..nanti tebakar lak laki.. bacalah Alhamdulillah!!

Rabu, 1 Disember 2010

tidak dapat menIKMATI

Alangkah indahnya kehidupan nie kalau semudah dan sesenang itu. Hanya click je dan petik je dapat segalanya..hanya duduk sahaja tetapi dapat segala-galanya.


Nie lah yang zie maksudkan nak dapat duit hanya click je satu ari leh dapat beribu-ribu. Kalaulah hidup sesenang ini kan aman..boleh zie shopping-shopping puas-puas hari-hari...kedidupan pastinya tidak lah sesusah ini.

Nescafe 3 in 1 merosakkan jantung & buah pinggang

Zaman skarang ni, banyak penyakit datang dari pemakanan….. 

Beberapa hari lepas saya dikunjungi oleh seorang pelajar lelaki tahun akhir. Sudah beberapa bulan pelajar ini tidak bertemu dengan saya. Pelajar ini mengemukakan beberapa masalah kumpulannya untuk diselesaikan oleh saya sebagai seorang penasihat akademiknya. Alhamdulillah masalah dapat diselesaikan.

Selepas hajat terlaksana, pelajar ini yang saya namakan sebagai Ahmad menukar topik kepada topik kesihatan dirinya. Beliau mengadukan masalah dirinya. Beliau dapat merasakan kemerosotan tahap kesihatan dirinya. Berikut adalah antara tanda-tanda yang dapat

dikenalpasati:
Kerap berdebar tidak menentu masa. Kadang-kadang waktu membaca tiba-tiba jantung / dada berdebar dengan laju.

1. Bila jantung berdebar ini berlaku, ia akan diikuti dengan dahi berpeluh  
2. Beliau juga kerap merasakan kesakitan pada dadanya.  
3. Sering mencungap dan kadang-kadang kala sewaktu sembahyang pun mencungap.  
4. Semakin tidak tahan atau alah dengan panas terik matahari dan jikalau kena panas, badannya akan banyak berpeluh dan tidak selesa. 
5. Jikalau tahun lepas, kekerapan simptom-simptom di atas agak jarang namun kebelakangan ini, kekerapan kejadian semakin kerap sehingga satu kali serangan dalam setiap 2/3 hari.  
6. Tapak tangannya.semakin basah.

Berdasarkan simptom yang saya perolehi saya terus menyoal tabiat permakanannya. Selepas mendapat data yang dikehendaki saya pun memberikan penjelasan 'Ahmad, engkau ni walau pun usia masih muda, jantung engkau sudah bermasalah. Punca masalah engkau ini

adalah kerana engkau kerap meminum Nescafe 3 in one. Nescafe adalah tidak baik dan merosak buah pinggang manakala krimer yang terdapat di dalam campuran ini sangat merosak jantung. Krimer ini bukan diperbuat dari susu tetapi adalah dibuat dari kelapa sawit (non dairy creamer)' 


selanjutnya saya menasihati Ahmad untuk melakukan perkara berikut untuk merawat jantungnya:

1. Elakkan dari meminum Nescafe yang merosak buah pinggang dan elakkan sama sekali apa jua jenis krimer yang dibuat dari selain susu (non dairy creamer)  
2. Elakkan dari mengambil coffee mate kerana ia adalah non dairy creamer 
3. Elakkan makan ais krim kerana mengandungi krimmer yang tinggi 
4. Elakkan susu pekat manis yang mengandungi krimer dari selain susu. 
5. Elakkan memakan sebarang makanan yang mengandungi margarine 
6. Elakkan memakan burger, naget, kentang goreng, potato chip dan segala yang sewaktu dengannya  
7. Elakkan mandi selepas makan  
8. Amalkan amalan: Ambil segenggam kacang hijau, rendam dalam air kira-kira 10 minit,selepas itu rebus asal masak dan bukan rebus sehingga pecah tanpa membubuh garam. Selepas itu buang air rebusan dan makanlah kacang hijau ini dan amalkan amalan ini setiap hari.  
9. Boleh beli jintan hitam dan makan setiap hari atau pun belilah yang sudah siap diproses atas nama habbatussauda 
10. Amalkan makan sayuran pahit seperti kailan, peria, pegaga, daun ubi, pucuk betik, ulam-ulam dsbnya. 
11.. Kurangkan makan nasi lemak terutama sekali nasi lemak di kedai kerana mereka mencampurkan minyak masak kepada nasi lemak agar nasi lemak ini kelihatan cantik berderai dan tidak melekat.pada yang mulai menghadapi masalah dengan jantungnya atau yang sudah lama bermasalah jantung, bolehlah mengamalkan amalan di atas. 

Sekian wassalam wallahuaqlam. _,

'sharing is caring

Selasa, 30 November 2010

Semakin Pulih

Alhamdulilah kesihatan semakin pulih sekarang nie walaupun masih batuk......kembali kepada aktiviti seperti biase. SO enjoy je.....piece...boleh lah merempit seperti biase..hehhe semoga ianya kekal...doakan ye...


Kesan SISha SaMa DeNgan MeRokOk

Sekarang nie ramai sangat kan yang menghisap sisha. Dekat kedai-kedai makan sekarang pun ader je yang sediakan servis nie. Nie semua sebab mereka tidak tahu tentang bahaya sisha nie.so kononnya dah tak nak merokok tetapi beralih ke sisha dengan alasan ia tidak membahayakan kesihatan. Asalkan dapat menikmati 'asap pembunuh ini, ada saja cara baru digunakan. Tanpa sedar, mereka sebenarnya menempah jalan yang lebih kurang sama bahayanya seperti merokok.

Ramai yang menganggap air yang digunakan didalam sisha berfungsi sebagai penyaring racun yang membahayakan. Namun, sisha mahupun rokok ternyata memiliki kesan negatif yang tidak jauh bezanya. Kajian terbaru mendapati bahawa sisha dan rokok tembakau sama-sama mengandungi kadar karbon monokside yang tinggi dan memberi kesan terhadap kesihatan.


Kajian yang diterbitkan di dalam journal of the Americon Medical Association ini hanya mengkaji satu jenis gas beracun sahaja iaitu karbon monoksida. Walaupun begitu, sekurang-kurangnya kajian ini tetap boleh diambil kira sebagai amaran kepada penggemar-penggemar sisha agar tidak keterlaluan menghisapnya.


Senang cakap kedua-duanya bahaya....

Ahad, 28 November 2010

jb-kl yang mencabar

Mcm tak biase je kan zie nie ulang-alik dari jb ke kl..tapi kali nie mmg perjalanan dari jb ke kl sangat berbeza sekali untuk zie kerana zie bukan naik kereta atau bas tau.........abis tue naik ape eh? Perjalanan kali nie amat mencabar sekali....ko org sendiri tahu kan zie nie tak sihat demam masih lagi tak baik-baik lagi....bukan tak penah lalui cabaran nie dan bukan tak biase kelainannya..sebab zie tak sihat dan kene hujan pulak tue...membuat kan cabaran kali ini terlalu mencabar untuk zie...... nak tahu zie naik ape dalam perjalanan jb-kl? meh tgk gambar jom.......




jeng..jeng...tahu dah zie naik ape?dah lame dah zie tak merempet jauh-jauh mcm nie tau....hahhaaa.... mencabar tapi seronok tau.....cume tak larat bila kene hujan je....nak tak nak zie redah gak..kalau tak lambat lah sampai....zie kuat kan diri jugak meneruskan perjalanan.....ader sape-sape nak konvoi leh lah ajak zie leh join...hehehheee


Dalam perjalanan ader lah berhenti sekejap dekat perhentian ayer keroh zie nampak sesuatu yang amat antik sekali......kerusi dan meja diperbuat dari kayu....heheh..mesti tertanya-tanya kan ape yang antuk n uniknya meja dan kerusi nie kan....padahal diperbuat dengan kayu same je kan...meh tgk gambar meh.......





unik kan gambarnya...gambar nie diukir dengan kayu meja dan kerusi tue jugak lepas tue diwarnakan..sangat lah comel.......sangat kretif kan org yang buat nie....cube kalau zie yg lukis..hahha..entah jadi pape je lah....


dalam tue ader ikan tau...sangal lah comel....hehehe....

Khamis, 25 November 2010

seminggu 2 kali

semalam kali kedua zie masuk klinik lagi..hehhee...entah lah demam nie zie rasa mcm dah baik tapi rupanya ader lagi..zie pi klinik semula sebab zie batuk dan selsama yang teruk sangat-sangat. tak tahan sangat kat tekak tue rase mcm nak keluarkan je...hehhe...so pi klinik zie dapatlah mc lagi sekali..hehhe..

satu minggu nie 2 kali zie masuk dapat mc jangan jeluas tau..hhahah..minggu nie keje 3 hari je tapi 3hari yang amat terseksa sekali...hehee....geng doakan zie cepat sembuh ye...dah tak sanggup dah nak makan ubat nie...pil-pil tue sungguh tak sedap sungguh..huhuhuh...



intai yang lain jom.....

layan wei....

 

My Blog List

impian karut

  • bulan madu ke pulai madukan sabah
  • melancong pi jakarta dan bandung
  • melancong ke serawak melawat ana dan as
  • beli mesin jahit tepi
  • beli mesin jahit (done)
  • beli oven n mix
  • butik pengantin
  • rumah sendiri
  • kereta sendiri
  • kelas mengandam
  • kelas photografi
  • kelas menjahit tudung (done)
  • membeli kemera D90 (done)
  • kelas menjahit pakaian perempuan (done)
  • kelas membuat pakaian lelaki
  • belajar buat kuih talam
  • belajar buat kek

DUIT simpanan SHOPPING